Khamis, 23 Disember 2010

10 PERKARA DILAKUKAN DALAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT /

Dicatat oleh YB Anuar Sudin 23 Disember 2010
INILAH 10 PERKARA YANG PERLU DITERANGKAN KEPADA RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
 
Sumber dari:http://intanhijau

dari OrcuSengeh :-)

Ahad, 19 Disember 2010

Pakatan Gagasan Terbaik Untuk Negara

Pakatan: Gagasan terbaik untuk negara
Sunday, 12 Muharram 1432
Intipati ucapan Presiden PAS sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember 2010
Mukaddimah
Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.
Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insya Allah.
Ketetapan Konvensyen Pertama
Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Firman Allah SWT, maksudnya:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat: 13]
Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.
Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.
Persidangan Shah Alam 2010
Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.
Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi diberikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.
Masa Bergerak Ke Depan
Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita  dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.
Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut.  Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.
Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme songsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.
Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.
Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.
Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.
Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya dijadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.
Perlu muhasabah
Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.
Asas perubahan
PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.
Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.
Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.
Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.
Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.
Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.
Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.
Persediaan Pilihan Raya
Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.
Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insya Allah.
Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.
Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.
Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

Sumber dari: Harakah Daily

Oleh: Orcu Sengeh :-)

Sabtu, 18 Disember 2010

BN (UMNO)Haprak Bimbang Kepada Bayang2 Sendiri



BN bimbang 'skandal besar' negara?
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di
parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.

Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.

Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

"Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.

Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini.  Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.

Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.

"Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.

Sumber:Harakah Daily

Dari: Orcu Sengeh :-)

Khamis, 16 Disember 2010

16 December 2010


Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.
Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.

yusri abimSalah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

NONEPensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz (kiri) kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.
"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?
"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.

Sumber dari:http://KedahLanie

untuk simpanan :Orcu Sengeh :-) 

Selasa, 14 Disember 2010

Najib sahkan BN terdesak
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR 13 Dis: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya
bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan
Nasional (BN).















Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya
dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan
kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita.
Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.

"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang
akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.

"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.

"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.

Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.

LIHAT VIDEO SIDANG MEDIA PARLIMEN:
Najib sahkan BN terdesak

Sumber dari: Harakah Daily


Dari: Orcu Sengeh :-)

Isnin, 13 Disember 2010

ISMAIL SABRI NI CIKGU KE MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail



BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Minyak naik harga ni.. jom kita sama-sama menggali telaga minyak untuk menjimatkan perbelanjaan minyak... kah..kah..kah..kah... semua dah tanam tebu ke belum? kalau tak tanam tebu macam mana nak kurangkan kos beli gula? kah..kah..kah.. ikan naik harga kita sama-sama ke laut menahan pukat... kah..kah..kah..kah..

Note: Apa punya bengap la menteri malaysia ni semua. Jadi menteri tapi tak tahu tugas. Macam ni ke jawapan seorang menteri yang bertanggungjawab bila barang naik harga? Kalau macam ni nenek aku pun boleh jadi menteri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ditugaskan untuk membantu rakyat menangani segala macam kenaikkan harga barang yang amat membebankan rakyat. Bukan mengajar rakyat macam mana nak buat pukat sendiri kalau nak makan ikan.

Note: Macam ni punya sengal pun boleh jadi menteri kan. Yer.. Seperti kawan umno aku kata.. Pemimpin-pemimpin umno akan melantik mereka yang bodoh-bodoh untuk menjadi orang bawahannya dengan tujuan si bodoh-bodoh ini hanya tahu mengangguk dan sekali gus si bodoh-bodoh ini tidak akan melawan tokeh. 53 tahun telah berlalu pemimpin berganti pemimpin si bodoh digantikan dengan si bodoh yang lainnya. Akhirnya Malaysia diperintah oleh orang bodoh... dan bertambah bodoh dari semasa ke semasa... Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Sumber dari blog:http://rubbertapperz.blogspot.com/

oleh:Orcu Sengeh

Khamis, 9 Disember 2010


TARIF ELEKTRIK PULAK NAIK... HIDUP UMNO....!!!! Kah..kah..kah..kah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengok berita TV1 tadi, kerajaan setuju dengan cadangan TNB untuk menyemak semula tarif elektrik.



Note: Kah..kah..kah..kah... Hidup umno..!!! Baru jer minyak naik harga selama dua hari berturut-turut. Gas masak naik harga.. gula naik harga.. ni kerajaan dah bersetuju dengan TNB untuk naikkan tarif elektrik.. Kah..kah..kah..kah.. Untungnya rakyat malaysia yang kini sedang berpesta dengan berbagai-bagai insentif yang kerajaan bagi sekarang untuk kebaikan dan kemudahan rakyat... Kah..kah..kah..kah.. Terima kasih najib.. terima kasih bik mama.. terima kasih umno... terima kasih BN... Rakyat sangat-sangat menghargainya... Kah..kah..kah..kah.. Dan rakyat yang paling gembira ialah penyokong umno... kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Sumber darihttp://rubbertapperz.blogspot.com/

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Sumber dari http://chegubard.blogspot.com/ 

4 Dalam 1, Tarif Air & Tokoh Maal Hijrah

Sehebat mana pun pemimpin kita, saya tidak fikir akan ada rakyat yang menatap wajah mereka dengan penuh rasa kasih. Terutama selepas pencabulan janji 4 Dalam 1.
Atau tidak mungkin sama sekali berlaku, di saat kecintaan mereka terhadap pemimpin itu berkobar, dapat mencapai apa sahaja pun dikira memadai. Sesungguhnya inilah tokoh Maal Hijrah yang dicari umat dewasa ini.
 
Sumber dari Dr Faisal Tehrani

Isnin, 6 Disember 2010

Rakyat Di Utamakan


Polis Guna Meriam Air , gas Pemedih Mata Dan Penendang Ganggu Perhimpunan Aman Rakyat…

Protesters march along a street during a demonstration against  water issues in Kuala Lumpur on December 5, 2010. Malaysian police fired  tear gas and water cannons to break up an opposition-backed protest  focused on public utilities after some 5,000 defied a ban on the rally.

A  Malaysian riot police officer fires tear gas during a protest against  water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian  police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed  rally in the country's largest city.

Malaysian protesters react to tear gas during a demonstration in  Kuala Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas  and water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to  hand over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to  the National Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

A  Malaysian protester is kicked by police during a demonstration in Kuala  Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and  water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand  over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the  National Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

Protesters run away from water cannon fired by Malaysian riot  police during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia,  Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at  protesters at an opposition-backed rally in the country's largest city.

A  Malaysian protester is arrested by police during a demonstration in  Kuala Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas  and water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to  hand over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to  the National Palace, The Star online reported. Placard reads: 'Give Back  People's Rights for Water Supply'.

A  man is pinned down by police during a demonstration in Kuala Lumpur  December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and water  cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand over a  memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the National  Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

A  protester runs away from water cannon fired by Malaysian riot police  during a protest in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010.  Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an  opposition-backed rally in the country's largest city.

Pihak Polis mengamalkan sikap rejim zionis israel dengan rakyat Palestin dalam menangani perhimpunan aman rakyat pada 5.11.2010 kerana mengikut telunjok Umno Barisan Nasional..


sumber dari: pinkturtle2.wordpress.com

dari Orcu Sengeh :-)

Ahad, 5 Disember 2010

Ijtima' Pilihanraya

Ijtima' Pilihanraya oleh Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) Temerloh yang di adakan pada 5hb Disember 2010 (Ahad) masa 9.00pagi - 4.00 ptg di tempat Darul Ansar Kg Chempaka, Lachang.
Kehadiran peserta agak mengalakkan hampir 150 orang yang mendaftar...yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Prisiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang)
Kertas kerja pertama dengan tajuk PRU 13 Peluang dan Acaman Pas yang disampaikan oleh Hj Mohamad Nasir Daud (S.U. JPP) Kertas kedua dengan tajuk PRU 13 Sudahkan Kita Bersedia yang disampaikan oleh Sdr Mazlan Mohamed Yasin (S.U. JPN).Semuga dengan ada nya program ini dapat kita    -Merasangkan motivasi jentera pilihanraya diseluruh peringkat; Memupuk nilai dan gerakerja tersusun secara jamaie; Memupuk ukhwah Islamiyah diantara jentera;dan  Mendengar amanat dan arahan pimpinan Pusat dan Negeri. Akhirnya mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam PRU 13 di Negeri Pahang Darul Makmur...


oleh: Orcu Sengeh :-)

Khamis, 2 Disember 2010


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan
Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa
 merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
 Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak
 mempunyai harapan
 untuk pulih lagi.
Demikian penegasan
 Mursyidul Am PAS, 
Tuan Guru Datuk
 Nik Abdul Aziz
 Nik Mat 
berhubung isu berkenaan.
"Alhamdulillah, 
media massa
 milik Umno sendiri pun nampaknya mulai 
sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.
Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional
 akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya,"
 tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan
 apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia.
 Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian
 harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam
 keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu 
perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan 
Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media
 massa milik Umno.Bagi saya, ia tidak lebih melainkan
 hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk
 dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun 
nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka
 di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis
 akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan 
digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui
 Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku 
Timbalan Perdana Menteri yang kononnya
 dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,
 sukalah untuk saya menyatakan bahawa
 Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa
 keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa
 perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat
 kuat bahawa permainan media telah digunakan 
dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi 
kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang 
peliknya dengan budaya media milik Umno?
‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu 
ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai
 ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor
 ialah satu budaya biasa dalam amalan media
 milik Umno.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan
 Perdana Menteri ini diolah sekali lagi
 oleh media milik Umno dengan begitu
 hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin
 Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.
 Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang
 mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa 
Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul
 Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah
 Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan
 sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat
 pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga
 sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak 
mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.
Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai
 sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan
 dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi 
bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari 
seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup
 dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.
 Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, 
tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai
 sebarang nilai.
Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan
 kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan
 sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan 
Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya 
ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?
Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor
 bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan
 Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir
sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan
 demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk 
diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul 
keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam.
 Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan
 saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali
 bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri
 daripada seorang yang berbangsa Cina dengan 
syarat merupakan seorang muslim yang soleh.
 YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh
 menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan
 Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai 
apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang
 muslim yang soleh.
Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan
 Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini 
dari seorang Melayu yang korup!

sumber dari Harakah Daily-

Selasa, 30 November 2010

Al Quran Menjawab Setiap Pertanyaan Manusia


Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?

Qur’an Menjawab :Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?


Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku menyatakan aku frust ?

Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an Menjawab : dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an Menjawab : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?

Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah : 111)

sumber dari blog:-

Orcu Sengeh :-)

Isnin, 29 November 2010

Kem Motivasi Remaja (Kenali Diri Siri II)

Kem Motivasi Remaja(Kenali Diri Siri II) yang diadakan di Masjid As-Syakirin Bkt Kepayang yang diataja oleh B.Muslim bersama Ajk Mesjid As Syakirin pada 26.11.2010 hingga 28.11.2010 mulai jam 5.00 ptg Pendaftaran Pengarah Program Cikgu Basli...
Peserta yang hadir kesemua nya 63 orang dari 8 tahun - 18 tahun mengikuti progam ini.Peserta diatas sedang riadah petang (Caunter Strike) dibawah 2 org faci nya
Persembahan Nasyid akhir dari 4 buah kumpulan yang dihadiri oleh perserta kem

Program diakhiri dalam jam 1.00t.hari yang dihadiri Yb Kuala Semantan Tuan Hj Syed Hamid yang memberi ucapan penutup dan menyerah Sijil Penyertaan kepada 63 peserta kem.Program ini amat berjaya yang disambut baik oleh ibubapa daerah Temerloh yang ingin anak-anak cemerlang dan taat kepada Allah Swt dan Nabi Muhammad Saw.Pengisian program ini antara nya menekankan Kesempurna Solat,Pengurusan Jenazah dan Muhasabah diri.
Sebahagian ibubapa peserta menonton anak-anak mereka buat persembahan Akhir.....

Jamuan Hari Raya Di Upu Bandar


Jamuan Hari Raya Idul Adha yang diadakan dilokaliti Kg Baru Temerloh berdepan dengan Hongkong Bank Lama yang di anjurkan oleh Upu Bandar Temerloh bersama Mtd Kuala Semantan pada 27.11.2010 jam 5.00 ptg. turut hadir Pengarah Dun Semantan Sdr Zuber Yb Dun Semantan Tuan Hj Syed Hamid;Yb Dun Triang Sdr Leong Ngah Ngah.
Sebahagian tetamu sedang dengar Ucapan yang di sampaikan oleh Sdr Zuber Pengarah Mtd Semantan
Tetamu sedang mengambil makanan yang di sediakan untuk dinikmati

Hampir 200 orang penduduk tempatan dikalangan berbilang bangsa melayu,cina dan india yang turut hadir meraikan Jamuan Raya yang ditaja oleh Pas Bandar Lama(Upu Bandar) bersama Mtd Semantan
Program ini akan diadakan setiap tahun yang disarankan oleh Ketua Pas Bandar, Insya Allah tahun hadapan kita akan adakan.....