Sabtu, 12 Disember 2009

PAS mahu bina manusia gunakan akal untuk kebaikan -PRISIDEN

KLANG, 11 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak semua rakyat di negara ini supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapannya di majlis "Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal" anjuran Jabatan Amal dan Jabatan Pasti Dewan Pemuda Kawasan Kota Raja baru-baru ini. Menurut beliau, penubuhan Jabatan Amal dan Pasti merupakan satu usaha PAS di dalam membina manusia. Pembinaan manusia amatlah perlu bagi melahirkan mereka yang akan mentadbir dunia sebagai khalifah dengan menggunakan akal dan akhlak yang baik. Jika pembinaan manusia diabaikan, ia adalah seperti yang berlaku sekarang ini di mana banyak malapetaka yang berlaku terhadap manusia di sebabkan oleh hasil tangan-tangan manusia itu sendiri. "Semuanya adalah hasil dari kerakusan manusia yang melakukan tanpa menggunakan akal untuk kebaikan tetapi menggunakan akal untuk memastikan nafsu dan kepentingan diri sendiri tercapai tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal di alami. "Sebagai contoh, senjata yang di cipta menggunakan teknologi yang moden hanya memudaratkan manusia kerana ia akan membunuh beribu-ribu manusia yang tidak berdosa di samping menghancurkan dunia," katanya. Oleh kerana itu, beliau mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya bersama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia. Makan malam yang di anjurkan bagi mengisi tabung Jabatan Amal dan Pasti Kota Raja itu juga turut di hadiri oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Suhaimi Shafie, Adun Sri Muda, Sdr Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Selangor dan Cikgu Jaafar Samsudin, YDP Kota Raja. Selain itu, seramai hampir 50 orang ahli kelab penyokong PAS Kota Raja telah hadir pada malam tersebut. Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian Anugerah Jasamu di Kenang yang telah di anugerahkan kepada Ustaz Haji Hambari yang banyak menyumbang kepada PAS di kawasan Kota Raja.-Sumber dari Harakahdailynet-Ahmad Hakim dan Azman Mohd -

Saya rasa terharu betapa iklas nya Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi mengajak kita gunakan akal untuk kebaikan didunia supaya kita semua umat manusia tidak tersesat jalan.
Saya menyeru sahabat2 yang lain masih bukan ahli Pas mari lah kita bersama-sama dalam Jemaah Islam Pas untuk membina insan yang di redhai oleh Allah Swt. Kerana kita hidup ini bukan untuk menungkat langit kita hanya menumpang sementara waktu di bumi Allah Swt ini.
Mari lah kita gunakan akal untuk membuat kebaikan Insya Allah bahagia lah dunia dan Akhirat. Wallahualam-
dari Orcu