KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Demikian penegasan
Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz
Nik Mat
berhubung isu berkenaan.
"Alhamdulillah,
media massa
milik Umno sendiri pun nampaknya mulai
sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.
Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional
akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya,"
tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan
apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia.
Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian
harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam
keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu
perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan
Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media
massa milik Umno.Bagi saya, ia tidak lebih melainkan
hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk
dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun
nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka
di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis
akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan
digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui
Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku
Timbalan Perdana Menteri yang kononnya
dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,
sukalah untuk saya menyatakan bahawa
Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa
keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa
perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat
kuat bahawa permainan media telah digunakan
dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi
kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang
peliknya dengan budaya media milik Umno?
‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu
ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai
‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor
ialah satu budaya biasa dalam amalan media
milik Umno.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan
Perdana Menteri ini diolah sekali lagi
oleh media milik Umno dengan begitu
hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin
Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.
Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang
mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa
Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul
Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah
Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan
sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat
pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga
sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak
mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.
Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai
sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan
dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi
bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari
seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup
dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.
Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala,
tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai
sebarang nilai.
Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan
kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan
sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan
Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya
ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?
Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor
bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan
Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir
sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan
demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk
diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul
keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam.
Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan
saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali
bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri
daripada seorang yang berbangsa Cina dengan
syarat merupakan seorang muslim yang soleh.
YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh
menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan
Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai
apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang
muslim yang soleh.
Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan
Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini
dari seorang Melayu yang korup!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan