Sabtu, 2 Oktober 2010

Jamuan Raya Penyampaian Sekampit Beras Sekilo Gula

Jamuan Raya serta Penyampaian Sekampit beras Sekilo gula kepada penduduk2 Di Upu Bangau Tanjong Di Dun Mentakab yang disampaikan oleh Ustaz Abdu Rahim Latif YDP Kaw Temerloh, turut hadir Hj Yusof Darus Tim YDP Kaw Temerloh serta lain pimpinan Kawasan turut hadir.
Jamuan makan bermula selepas batuan habis disampaikan dan diiringi oleh Nasyid Hufas dari Bahala Gantang dengan mendendang beberapa lagu nasyid yang di alunkan....Jemputan yang hadiri hampir 300 orang yang menikmati makan mee hoon goreng serta sate terhibur dan berpuas hati dengan jamuan yang ala kadar tapi amat meriah sambutannya.

Rabu, 29 September 2010

Apabila otak dah beku...



Ini tahap pemikiran pimpinan Umno yang membina pejabat tapi tidak digunakan dan biarkan, bijak kambing, daripada bangunan tu dibiarkan lebih baik meka gunakan tempat rehat selepas letih merayau mencari makanan. 

Bangunan ini pula dibiarkan, Perpustakaan Ummah dipagar oleh semak samun dan ditinggalkan begitu, Kan pembaziran nama nya,bagaimana pemikiran Umno nak meminpin ummah, pikir nak projek aje, janji perut nya kenyang .... lu orang nak ngundi pru13 lu orang kena pikir ...... 

Ahad, 26 September 2010

Ceramah Yang Pertama Selepas Bulan Ramadhan 2010

Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Temerloh oleh Ustaz Johari Ishak bersama Ustaz Suhaimi Saad Ketua Pemuda Pas Negeri Pahang yang di Pengerusikan oleh Ustaz Sukri Syuib Di Markas Sg Gau Temerloh yang di hadiri hampir 200 orang yang dah lama tidak mendengar Ceramah yang semangat orang muda yang memberi fakta-fakta untuk berhujah dengan orang Umno, supaya mereka-mereka pengundi di Temerloh tidak terpedaya lagi tipu helah peminpin-peminpin Umno di PRU 13 seterus mecapai kemenangan Pakatan Rakyat Pahang dengan inzinNya....