Sabtu, 20 November 2010

Memali: Kemuncak UMNO takut berhujah

Harakahdaily   
BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.
Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.
Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.
Sekat kebangkitan PAS
Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.
Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.
Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
 
Sumber dari Harakah Daily


Itu puncak kazaliman Umno di bawah era Pimpinan PM Tun Mahathir Mohamad, sahabat-sahabat mari kita mengukukuhkan merapatkan saf-saf jemaah berjuang bagi kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih daripada pimpinan Umno dan BN untuk memerintah Negara ini dengan adil serta iklas.

dari Orcu Sengeh :-)

Khamis, 18 November 2010

Teknik Mengatahui Kek Yang Mengandungi Arak Weh


11 Zulhijjah 1431H.
Chef Farid

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.
 
Di Ambil Sumber dari blog Cina Islam...
Saya menyeru pada sahabat berhati-hati bila membeli kek supaya kita tidak terpedaya
dengan racangan musuh Islam yang suka membuli orang Islam...  

Isnin, 15 November 2010

PRU:13 - Pas perlu perkemas pasukan media

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
menyeru seluruh petugas parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya
umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan antara April hingga Jun
tahun hadapan.

Bercakap dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah
Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya malam tadi, beliau juga
tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan serentak dengan pilihan
raya negeri Sarawak.

"Pilihan raya sudah hampir dengan kita. Saya menjangkakan pilihan raya
berlaku antara bulan April hingga Jun tahun hadapan, itu paling awal. Ini
bacaan politik berasaskan situasi politik yang ada di negara ini.

"Saya boleh membuat kesimpulan, kalau pilihan raya Sarawak diadakan
pada April tahun hadapan ini menunjukkan kemungkinan pilihan raya itu
diadakan sekali dengan pilihan raya umum," kata beliau yang juga ahli
parlimen Pokok Sena.

Turut serta pada majlis itu seorang lagi naib presiden, Salahudin Ayub.

Kata Mahfuz, PAS perlu menyiapkan jentera medianya sendiri di setiap
lajnah bagi melawan manipulasi media Umno yang membuat laporan
berat sebelah.

"Amat perlu untuk media kita membuat serangan balas kepada serangan
media mereka. Sebab itu dalam situasi sekarang, tidak cukup Harakah
dan akhbar alternatif yang lain tetapi dalam lajnah penerangan sendiri perlu
ada pasukan media sendiri menggunakan segala teknologi maklumat yang
ada," katanya.

Beliau turut memuji langkah PAS Wilayah mengadakan program mengutip
dana sedemikian bagi membuat persiapan awal.

Kemenangan Di Galas dan Batu Sapi bukan petanda baik bagi BN

Sementara itu, Salahuddin berkata, kemenangan BN di pilihan raya kecil
Galas dan Batu Sapi baru-baru ini bukanlah petanda baik bagi BN untuk
mengekalkan kemenangan mereka dalam PRU akan datang.

"Berdasarkan dua pilihan raya kecil yang berlangsung, penganalisis politik
berpandangan keputusan itu tidak mencerminkan pandangan umum
di peringkat nasional.

"Walaupun BN menang selesa kita melihat cara media melaporkan
kemenangan itu juga tidak begitu memberangsangkan mereka, laporan
 cuma satu hari sahaja,kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pemimpin Umno BN
sendiri tiak begitu ghairah meraikan kemenangan itu, seolah-olah masih
berada dalam kebimbangan dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Kemenangan itu tidak menjadi topik penting bagi Umno untuk
dibanggakan dan suhu perbahasan di Parlimen dan bila melihat riak
wajah pemimpin Umno mereka tak begitu ghairah untuk meraikan
kemenangan yang mungkin berlaku atas beberapa faktor itu," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga ujarnya, tidak mengeluarakan
satu kenyataan yang tegas bagi mengakui kemenangan mereka dan
bersedia menghadapi PRU awal.

Justeru ujarnya, PAS dan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang
yang luas untuk menguasai PRU 13.

"PAS sebagai parti yang berpengalaman luas, harus bijak mengambil
peluang ini dengan mengadakan persiapan sebaik mungkin bagi
menghadapi BN," katanya. 


sumber dari Harakah daily

so dari sekarang kita dan sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat perlu
buat gerakerja yang pantas i.menyiapkan Jentera Media di bawah
Lajnah Penerangan serta mengumpul para bloger Pakatan Rakyat
bagi melawan manipulasi media Umno ii.Persediaan dana yang 
yang secukupnya iii.Jentera pilihanraya yang pengatahuan,bermaklumat
untuk menghadapi kerenah masa PRU 13 itu lah disarankan oleh
dua Naib Prisiden PAS Yb Dato Mahfus Omar dan Yb Salahudin
Ayob memberi signal supaya kita begerak jangan tidor atau lena
disamping tu berdoa kehadrat Ilahi memohon pertolongan muga
kita tidak di lalaikan jika kita ingin dapat kemenangan besar
di pahang ini...Selamatkan pahang

dari Orcu Sengeh :-)