Sabtu, 13 November 2010

Pas perlu menang dengan kekuatan sendiri


SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan
menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
 Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana
 cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk
 mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita
 sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya
 pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno'
 di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya,
 Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd
Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk
 Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina
 kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk
 melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang,
 sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita
 tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk
 cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah
 kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila
 dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh
 buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,"
 tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan
 digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi
kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka
 dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada
 PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus
 rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu
 masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan
pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti
 berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana
 parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur.
Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan
 usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar
 melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya
 mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga
 memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat,
Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk
 "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan
 membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".
Sumber dari Harakah Daily Net 
Sahabat-sahabat dikalangan Penjuangan Pas mari lah kita
 memikirkan apa yang dikata oleh Dato Prisiden Pas 
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kita mula lah 
berkerja dan atur gerakerja disamping tu mari kita
 tarbiah diri sendiri ke arah yang di cadangkan supaya 
Islam itu akan menang...


dari:-Orcu Sengeh

Khamis, 11 November 2010

Kerajaan Penting Ubahsuai Kediaman PM Dari Naik Cola

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

Artikel diaatas ini di ambil dari blog KedahLanie Blogspot Com.

Salam Sejaahtera untuk semua sahabat-sahabat kalangan kakitangan Kerajaan,bagaimana boros nya Kerajaan yang ada sekarang, bila untuk PM  (sekeluarga) beri peruntukan RM65 juta membaikpulih kediamaannya sedangkan PM Abdullah sebelum tu baru meninggalkan dalam masa 2 tahun dah membaikpulih tukar PM Najib naik, nak baik pulih lagi tapi Ceupacs mohon bonus RM3.1 billion untuk kakitangan kerajaan(jumlah yang ramai)  katanya Implikasi kepada Negara atau kesan buruk kepada kewangan Negara, ini double stadard Kerajaan yang ada sekarang.Mari ler kita berfikir untuk buat perubahan...
dari: Orcu Sengeh

Isnin, 8 November 2010

Ijtima' Tarbawi

Ijtima' Tarbawi Pemuda Peringkat Parlimen Temerloh dengan Tajuk "MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN" pada 29 - 30 Zulkaedah 1431 bersamaan 6 -7 November 2010 masehi di Darul Ansar, Kg Chempaka, Lachang dengan kehadiran peserta 80 orang yang mendaftar 6.00ptg Sabtu 6hb.November 2010 anjuran Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda Pas Temerloh Pengarah nya Ustaz Mohd Shukri bin Shuib.


Dirasmikan oleh YDP Pas Temerloh oleh Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Latif dengan mulai acara BBQ Santai Ukhrawi Bekas Pimpinan Pemuda.

Kome tengah bakar ayam, sat lagi boleh satapan....


Ahad 7. Nov 2010 Program mulai dengan Qiamullail/Solat Subuh
                              *Kuliah Subuh oleh Ustaz Shahril Azman (Tim Ketua Pemuda Pas Phg)
                              *Pidato 1-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Islamiah Ustaz Nafiri Tauzan (Tim Ulamak)
                              *Pidato 2-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Jihadiah Ustaz Riduan Rahmat

      
Setelah makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah di adakan Forum Tarbawi : Membudayakan Tarbiah Pemuda Pas ahli panel nya : Ust Abu Bakar Chik (AJK PAs Pusat) Ust Mokhtar Senik (Naib Ketua Dewan Ulamak Pahang) dan Ust Hazmi Debok (Ketua Tarbiah DPP Pahang)

 Bacaan Mathurat & Tazkirah oleh Ust Johari Ishak (Ketua Pemuda DPP Temerloh setalah minum petang. Selepas solat maghrib kami dapat menyimpulkan Resolusi Ijtimak tiga perkara:-

*mewajibkan perlaksanaan tarbiah dalam organisasi pemuda
*mengukuhkan ukhuah islamiah sebagai pemangkin pemantapan gerak kerja pemuda
*memantapkan kefamahaman terhadap konsep tarbiah islamiah dan tarbiah jihadiah sebagai pemandu dakwah yang berkesan

Penuntup Program setelah solat isyak berjemaah dengan Ceramah Umum Oleh Ust Johari Ishak(Ketua Pemuda DPP Temerloh; Ust Abdul Rahim Abdul Latif(YDP Pas Kaw Temerloh); Ust Suhaimi Md Saad (Ketua Pemuda DPP Phg)  dan Ust Abu Bakar Chik (AJK Pas Pusat)