Isnin, 26 Julai 2010

Laporan Polis daripada Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang

Hari ini 26 Julai 2010 Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang di Ketuai oleh Yang Berbahagia Al Fathil Ustaz Abu Kasim Ke Balai Polis Temerloh membuat Laporan Polis meminta dibuat siasatan kenyataan di atas Dato' Seri Mohd Shafie Apdal Menteri Luar Bandar dan Wilayah,yang juga Naib Naib Prisiden Umno diatas tuduhan beliau bahawa Pas adalah Parti Ajaran Sesat.


Ustaz Abu Kasim katanya Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Dato Seri Shafie Apdal itu yang amat biadap,mencetuskan provokasi,menghasut dan boleh menggugat ketenteraman awam yang jelas berbentuk penghinaan dan mempunyai niat jahat walaupun Pihak Parti Islam Se Malaysia(PAS) telah memberi tempoh untuk beliau menarik balik kenyataan nya.
Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang juga meminta pihak Polis segera membuat penyiasatan terhadapan ucapan tersebut agar tidak berulang lagi kejadian seperti ini di masa hadapan.