Sabtu, 19 Februari 2011

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz


Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.
“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?
“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.
“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.
“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.
Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).
“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.
“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.
Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.
“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.
“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
 
Sumber dari: http://wargamarhaen.blogspot.com
 
Catitan oleh: Orcu Sengeh :-)

Friday, February 4, 2011

debat kulup dengan cikgu songkok tinggi

"Kita mesti bersatu. Melayu semakin tergugat sekarang." kata Cikgu Kama, guru besar sekolah yang juga rakan sepermainan sejak kecil. Pandai menyelit-nyelit akhirnya dia memegang jawatan setiausaha pemuda parti songkok kat kampung. dia dengar dari kawan-kawan yang aku ada blog dan kuat melawan, lalu satu hari dia datang ziarah membawa hajat.

aku : melayu umno ke tergugat? melayu lain aku tengok biasa je...yang susah tetap kena kerja, yang senang pun kena berhempas pulas dalam ekonomi yang teruk ni...cuma puak atas tu je yang gelabah.

dia: kau tak sedar ke lup, cina keling sekarang makin naik mua..mintak macam-macam. sampai hak istimewa melayu pun dia nak sentuh!

aku: hak istimewa apa yang kau rasa sebagai melayu? beli rumah dapat diskaun? atau biasiswa belajar kena bayar balik? yuran sekolah percuma? kah kah!

dia: kau tengok penang dia dah halau melayu semua..

aku: tanah rezab melayu tinggal tak sampai 5% sebelum mac 2008 kau tau? masa tu kerusi umno paling banyak tapi bangang pi bagi gerakan pahal?

dia: emm...er...tengok kampung buah pala..

aku: itu kes peninggalan BN..buat pa pi jauh-jauh? meh tengok kg.berembang, kg.chubadak, kg.bandar dalam, kg.kerinchi sampai kg.baru pun dah tergugat. sapa punya kerja?

dia : (terdiam) tapi kita kena berpadu. masalahnya nik aziz ni pengacau, haji hadi dah setuju dah..

aku: kan nik aziz kata dia setuju dengan syarat umno terima islam sebagai ad-din?

dia : yalah...slow-slowlahhh...nanti kita ubahlah dulu..yang penting bersatu dulu..aku pelik ngapa Pas sanggup gadai agama bergabung dengan DAP?

aku : maksud kau kerjasama umno-MCA rompak PKFZ tu bagus?

dia : eheh...taklah tu, Perak masa Nizar jadi MB habis tanah bagi cina sampai beratus tahun pemilikannya.

aku : cina miskin, melayu india miskin pun dapat jugak...yang genting, langkawi, pangkor tu cina kaya dapat macamana? seorang kaya dapat tanah yang luas.beratus tahun jugakan?

dia : ya..tapi kita jangan ulang lagi kesilapan tu..kita kena ke depan..bersatu! islam akan teguh kalau melayu kuat.

aku : hadis mana tu? hihi..

dia : ya Lup, kalau melayu kuat islam akan kuat!

aku : cina dan india islam nak duduk mana?

dia : kita jaga kepentingan mereka..

aku : Kama, 50 tahun malaysia merdeka takde sesaat pun kerajaan lain memerintah selain umno. sepatutnya melayu makin kuat dan tak tergugat di bawah perjuangan melayu umno. kaum lain pun akan kagum dengan kekuatan melayu dan kemantapan islam jika umno buat betul2. mengapa setengah abad makin lemah? umno buat apa?

dia: itulah aku cakap, kita kena bergabung untuk menguatkan semula yang lemah. cina india dah makin mencabar.

aku: ye ke? Soon Kooi tauke welding tu dah turun temurun niaga, kedai selvam pun sama. adakah depa mencabar? depa nak meniaga dengan amankan? hei kama dengar sini betul-betul. takde satu kaum pun atas dunia ni boleh bersatu termasuk yahudi. semuanya berpecah-pecah kerana ada fahaman masing-masing. itu realiti. manusia hanya akan bersatu jika ada kepentingan. melayu-india-cina yang di atas bersatu padu merompak melayu-india-cina yang di bawah. kau ni dipermainkan oleh mereka yang mahu mempertahankan kuasa yang terhakis. tapi jika keadilan dibagi betul2, semua rakyat berbilang kaum akan aman dan cintakan negara ini.

dia: aku cuma tak mau melayu tergadai di tanahair sendiri, macam singapore..lepas tu penang..

aku : singapore, presiden umno yang bagi kat kuan yew. hei kama! dengar lagi..dalam dunia sekarang termasuk di malaysia hanya ada DUA KAUM saja.. KAUM PEMODAL dan RAKYAT. malaysia ini sebenarnya diperintah oleh KAUM PEMODAL alias kapitalis. bukan BN atau PR. itu cuma wayang saja wal hal merekalah di belakangnya. mereka akan tengok dasar kerajaan yang mana akan menyebelahi dan menguntungkan mereka dan mereka akan bantu melabur kemenangan kerajaan yang akan menyokong mereka. kerajaan yang memerintah akan tunduk akur dengan mereka kerana mereka ini adalah bank. aku setuju kita berpadu tapi bukan dasar kaum melayu atau apa-apa. aku bersetuju bersatu sebagai 'kaum rakyat' yang terdiri dari melayu-cina-india-kaum lain untuk menumbangkan kapitalis. mereka telah goyang dengan kebangkitan rakyat dan kerajaan yang banyak termakan budi dengan mereka juga sedang ketakutan lalu isu ketuanan terhakis dimainkan..bla..bla..

dia termenung, tak fahamkah atau sedang cuma memahami permainan silap mata politikus yang aku cuba bongkar..ketika kawan-kawan kedai kopi aku yang kerja biasa2 boleh faham, cikgu besar ni amat slow otaknya....

dia terhangguk-hangguk macam faham tapi dengan perlahan dia berkata," kita kena bersatu juga demi melayu.."

LANTAK KAULAH!

Sumber dari: http://kulupsakah.blogspot.com

Catitan oleh: Orcu Sengeah :-)