KUALA LUMPUR, 18 Dis:
Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan
tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan
berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal
besar' negara?
Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa
Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah
serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.
Demikian
kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin
utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.
Mereka
yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan
R Sivarasa (Subang).
PAS, katanya, menganggap kebimbangan
berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja
tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas
demokrasi di Malaysia.
PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen
sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan
tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.
Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.
Mungkinkah
kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak
dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud
kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan
terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga
anggota Parlimen Marang.
"Saya menyeru kepada UMNO supaya
kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan
bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah
kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.
Nabi
Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan
manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu
juga dengan kerajaan zalim Firaun.
Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.
"Oleh
itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia
untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik
oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.
Sumber:Harakah Daily
Dari: Orcu Sengeh :-) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan