Ahad, 21 November 2010

Peracangan Musuh Untuk Memecahkan Pakatan Rakyat

Saturday, November 20, 2010

Ingat Putrajaya... Stay focus!!

Kalau takut pada risiko, jangan bicara pasal perjuangan. Itulah kata-kata yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim... tatkala krisis pemecatannya pada 1998 dulu. Sedap didengar, tapi sukar untuk dijadikan pegangan.

Sejak itu, pelbagai dugaan telah dilalui dan tempuhinya. In fact... dugaan serta cabaran, masih lagi dihadapinya hingga sekarang. Namun demikian.... he is still standing strong. Aku rasa, dia survived and will survive... kerana dia mempunyai semangat juang yang tinggi. Itu satu perkara yang kita tak dapat sangkal. He is indeed.. a survivor!!

But... sebagai manusia, dia ada kelemahan-kelemahan lain. Mungkin persepsi orang... sikap dan tindak-tanduknya, yang tidak disenangi itulah, yang dianggap sebagai kelemahannya. Mungkin dia juga sedar akan persepsi tersebut. Well.... he's not stupid, is he?? Tapi... dia persetankan semua persepsi negatif tersebut.

Mengapa agaknya??

Apakah dia seorang yang amat ketegaq.... sangat degil?? Apakah dia seorang yang terlau tinggi egonya?? Atau... mungkinkah dia ada strategi yang tidak mahu didedahkan bagi mengelakkan ia terjejas atau disabotaj?? Aha.... a secret strategy untuk mencapai misi dan visi dalam konteks yang lebih besar daripada parti. Lantas... ia penting untuk dilindungi dan diberikan priority... daripada melayan persepsi orang tentang dirinya.

Mungkin pada dia.... biarlah orang nampak aku buruk, asalkan perjuangan untuk merampas Putrajaya akan menjadi realiti. Let people think that you're cruel... but, in actual fact... you know that you're doing a kind deed.

Apakah Putrajaya fokus utama dia?? Mungkin dia perlukan satu team yang dia boleh percayai dan boleh berkerjasama untuk melaksanakan strategi tersebut. Team work and loyalty kepada organisasi... merupakan salah satu faktor kejayaan sesuatu misi dan visi.

Dengan PRU 13 semakin hampir.... may be he really need people yang dia betul-betul percaya to be in his team. Mungkin dia tak mahu ambil risiko... yang mungkin akan menjejas dan seterusnya menggagalkan peluang Pakatan Rakyat untuk menduduki Putrajaya.

Ini penting. Seandainya misi tercapai... maka mudahlah bagi dia dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain untuk melaksanakan visi-visi mereka bagi memperbetulkan sebarang kepincangan dalam sistem pemerintahan negara. Aha... kepincangan hasil kerja tangan dan kerakusan UMNO/BN.

Apakah itu pengorbanan Anwar yang gagal kita nampak?? Ya... pengorbanan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dan menikmati cahaya kesejahteraan daripada fajar baru, yang diharapkan akan menyingsing. Aha.... pengorbanan untuk mewujudkan Malaysia Baru. Apakah dia ingin menjadi lilin yang membakar diri demi kesejahteraan orang lain??

Mungkin aku... seolah-olah nampak macam seorang penyokong tegar Anwar. Bukan begitu... Tetapi harapan aku, in fact, aku percaya, harapan semua penyokong Pakatan Rakyat adalah mahu UMNO/BN tumbang. Dan... aku rasa, Anwar ada kemampuan untuk melakukannya. Gabungan dan kerjasama erat dengan PAS serta DAP.... mereka mampu lakukannya. Yes... they can do it!!

Oleh demikian.... mana-mana unsur yang boleh menjahanamkan impian rakyat, mesti diketepikan dan di-eliminate-kan. Kita tak mahu ada halangan. Kita tak mahu ada masalah... terutama yang berkaitan dengan parti, kerana ia akan menjejaskan strategi dan fokus terhadap priority yang mungkin sudah disetkan.

Ini bukan masalah menyebelahi siapa-siapa. Ini melibatkan persoalan yang lebih besar iaitu melicinkan strategi untuk menjayakan misi bagi merealisasi dan menjana visi Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah Malaysia baru. Untuk itu... Putrajaya mesti ditawan.

Sebenarnya.... UMNO/BN pun sedar akan hakikat ancaman yang terpaksa mereka hadapi daripada Anwar dan Pakatan Rakyat. Mereka takuuuuut!! Sebab itu.... free publisiti, secara besar-besaran diberikan kepadaAnwar dan pergolakan yang berlaku dalam PKR. Tujuannya.... bagi memburukkan imej Anwar, agar rakyat mempersoalkan kemampuan dia untuk mengurus tadbir negara.

Eleh... parti pun porak peranda dan tak dapat nak urus dan jaga dengan baik... mana mungkin dia nak urus dan jaga negara?? Itulah persepsi yang ingin ditimbulkan.

Kini... poster-poster serta banner-banner mula digantung..... memaparkan protes terhadap Anwar. Serangan terbuka terhadapnya sudah bermula. untuk mengukuhkan lagi persepsi tersebut.

Weh... bagi seorang pejuang yang tahan diuji, malah sudah pun teruji..... semua protes itu tidak akan mendatangkan kudis kepadanya. Like I've said before... Anwar is a survivor and he will still... definitely survive semua dugaan ini. No doubt about that!!

Tapi, orang tertana-tanya..... Semua ini, siapa punya angkara?? Siapa punya kerja??

Wallahu'alam... Pastinya... 'orang yang punya angkara' cuba beri gambaran yang kononnya Anwar kini, mendapat tentangan dari dalam dan juga luar. Anawar tidak diperlukan lagi. He's now a liabiliti to the parti and Pakatan Rakyat. Orang PKR pun dah tak percayakan Anwar lagi.... Jadi.... mengapa rakyat harus mempercayai dan menyokongnya lagi??

Well... well... well... is that so??

Ha.. ha... ha... Mereka mahu eliminatekan ancaman nombor satu mereka... terutama menjelang PRU yang ke-13. Anwar is actually... a threat to them. Ancaman yang mesti dihapuskan.

Seandainya Anwar berjaya dinyahkan, which I doubt... PKR akan goyah dan Pakatan Rakyat pun akan susah dan menerima padahnya. Kalau kita penyokong Pakatan Rakyat dan ingin melihat UMNO/BN terkubur... kita mesti istiqamah dalam perjuangan dan terus memberi sokongan kepadanya.

Lantaran itu.... apakah kita sanggup bersekongkol dengan mana-mana pihak yang ingin melemahkannya?? Bersangka baik itu baik... but not 100%. Sekurang-kurangnya mesti ada 10% sifat was-was sebagai langkah berjaga-jaga. Sebabnya.... selagi manusia itu manusia, pasti ada kelemahan mereka yang kita tak tahu dan kita tak terduga.

Sebab itu.... buat masa ini, kita tolak dan eliminatekan elemen dan ejen-ejen toksid yang jelas boleh mendatangkan mudarat kepada misi Pakatan Rakyat. sebaliknya.... kita pertimbangkan mana-mana cadangan dan strategi yang boleh menguntung dan menguatkan kita. Sebab.... apa yang kita mahu ialah perjalanan kita menuju ke Putrajaya menjadi smooth....

PRU 13 nanti.... Putrajaya kita punya!!

[Sumber ilham dari sini dan sini]




Sabtu, 20 November 2010

Memali: Kemuncak UMNO takut berhujah

Harakahdaily   
BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.
Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.
Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.
Sekat kebangkitan PAS
Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.
Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.
Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
 
Sumber dari Harakah Daily


Itu puncak kazaliman Umno di bawah era Pimpinan PM Tun Mahathir Mohamad, sahabat-sahabat mari kita mengukukuhkan merapatkan saf-saf jemaah berjuang bagi kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih daripada pimpinan Umno dan BN untuk memerintah Negara ini dengan adil serta iklas.

dari Orcu Sengeh :-)

Khamis, 18 November 2010

Teknik Mengatahui Kek Yang Mengandungi Arak Weh


11 Zulhijjah 1431H.
Chef Farid

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.
 
Di Ambil Sumber dari blog Cina Islam...
Saya menyeru pada sahabat berhati-hati bila membeli kek supaya kita tidak terpedaya
dengan racangan musuh Islam yang suka membuli orang Islam...  

Isnin, 15 November 2010

PRU:13 - Pas perlu perkemas pasukan media

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
menyeru seluruh petugas parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya
umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan antara April hingga Jun
tahun hadapan.

Bercakap dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah
Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya malam tadi, beliau juga
tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan serentak dengan pilihan
raya negeri Sarawak.

"Pilihan raya sudah hampir dengan kita. Saya menjangkakan pilihan raya
berlaku antara bulan April hingga Jun tahun hadapan, itu paling awal. Ini
bacaan politik berasaskan situasi politik yang ada di negara ini.

"Saya boleh membuat kesimpulan, kalau pilihan raya Sarawak diadakan
pada April tahun hadapan ini menunjukkan kemungkinan pilihan raya itu
diadakan sekali dengan pilihan raya umum," kata beliau yang juga ahli
parlimen Pokok Sena.

Turut serta pada majlis itu seorang lagi naib presiden, Salahudin Ayub.

Kata Mahfuz, PAS perlu menyiapkan jentera medianya sendiri di setiap
lajnah bagi melawan manipulasi media Umno yang membuat laporan
berat sebelah.

"Amat perlu untuk media kita membuat serangan balas kepada serangan
media mereka. Sebab itu dalam situasi sekarang, tidak cukup Harakah
dan akhbar alternatif yang lain tetapi dalam lajnah penerangan sendiri perlu
ada pasukan media sendiri menggunakan segala teknologi maklumat yang
ada," katanya.

Beliau turut memuji langkah PAS Wilayah mengadakan program mengutip
dana sedemikian bagi membuat persiapan awal.

Kemenangan Di Galas dan Batu Sapi bukan petanda baik bagi BN

Sementara itu, Salahuddin berkata, kemenangan BN di pilihan raya kecil
Galas dan Batu Sapi baru-baru ini bukanlah petanda baik bagi BN untuk
mengekalkan kemenangan mereka dalam PRU akan datang.

"Berdasarkan dua pilihan raya kecil yang berlangsung, penganalisis politik
berpandangan keputusan itu tidak mencerminkan pandangan umum
di peringkat nasional.

"Walaupun BN menang selesa kita melihat cara media melaporkan
kemenangan itu juga tidak begitu memberangsangkan mereka, laporan
 cuma satu hari sahaja,kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pemimpin Umno BN
sendiri tiak begitu ghairah meraikan kemenangan itu, seolah-olah masih
berada dalam kebimbangan dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Kemenangan itu tidak menjadi topik penting bagi Umno untuk
dibanggakan dan suhu perbahasan di Parlimen dan bila melihat riak
wajah pemimpin Umno mereka tak begitu ghairah untuk meraikan
kemenangan yang mungkin berlaku atas beberapa faktor itu," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga ujarnya, tidak mengeluarakan
satu kenyataan yang tegas bagi mengakui kemenangan mereka dan
bersedia menghadapi PRU awal.

Justeru ujarnya, PAS dan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang
yang luas untuk menguasai PRU 13.

"PAS sebagai parti yang berpengalaman luas, harus bijak mengambil
peluang ini dengan mengadakan persiapan sebaik mungkin bagi
menghadapi BN," katanya. 


sumber dari Harakah daily

so dari sekarang kita dan sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat perlu
buat gerakerja yang pantas i.menyiapkan Jentera Media di bawah
Lajnah Penerangan serta mengumpul para bloger Pakatan Rakyat
bagi melawan manipulasi media Umno ii.Persediaan dana yang 
yang secukupnya iii.Jentera pilihanraya yang pengatahuan,bermaklumat
untuk menghadapi kerenah masa PRU 13 itu lah disarankan oleh
dua Naib Prisiden PAS Yb Dato Mahfus Omar dan Yb Salahudin
Ayob memberi signal supaya kita begerak jangan tidor atau lena
disamping tu berdoa kehadrat Ilahi memohon pertolongan muga
kita tidak di lalaikan jika kita ingin dapat kemenangan besar
di pahang ini...Selamatkan pahang

dari Orcu Sengeh :-)

Sabtu, 13 November 2010

Pas perlu menang dengan kekuatan sendiri


SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan
menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
 Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana
 cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk
 mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita
 sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya
 pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno'
 di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya,
 Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd
Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk
 Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina
 kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk
 melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang,
 sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita
 tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk
 cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah
 kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila
 dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh
 buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,"
 tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan
 digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi
kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka
 dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada
 PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus
 rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu
 masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan
pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti
 berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana
 parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur.
Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan
 usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar
 melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya
 mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga
 memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat,
Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk
 "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan
 membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".
Sumber dari Harakah Daily Net 
Sahabat-sahabat dikalangan Penjuangan Pas mari lah kita
 memikirkan apa yang dikata oleh Dato Prisiden Pas 
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kita mula lah 
berkerja dan atur gerakerja disamping tu mari kita
 tarbiah diri sendiri ke arah yang di cadangkan supaya 
Islam itu akan menang...


dari:-Orcu Sengeh

Khamis, 11 November 2010

Kerajaan Penting Ubahsuai Kediaman PM Dari Naik Cola

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

Artikel diaatas ini di ambil dari blog KedahLanie Blogspot Com.

Salam Sejaahtera untuk semua sahabat-sahabat kalangan kakitangan Kerajaan,bagaimana boros nya Kerajaan yang ada sekarang, bila untuk PM  (sekeluarga) beri peruntukan RM65 juta membaikpulih kediamaannya sedangkan PM Abdullah sebelum tu baru meninggalkan dalam masa 2 tahun dah membaikpulih tukar PM Najib naik, nak baik pulih lagi tapi Ceupacs mohon bonus RM3.1 billion untuk kakitangan kerajaan(jumlah yang ramai)  katanya Implikasi kepada Negara atau kesan buruk kepada kewangan Negara, ini double stadard Kerajaan yang ada sekarang.Mari ler kita berfikir untuk buat perubahan...
dari: Orcu Sengeh

Isnin, 8 November 2010

Ijtima' Tarbawi

Ijtima' Tarbawi Pemuda Peringkat Parlimen Temerloh dengan Tajuk "MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN" pada 29 - 30 Zulkaedah 1431 bersamaan 6 -7 November 2010 masehi di Darul Ansar, Kg Chempaka, Lachang dengan kehadiran peserta 80 orang yang mendaftar 6.00ptg Sabtu 6hb.November 2010 anjuran Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda Pas Temerloh Pengarah nya Ustaz Mohd Shukri bin Shuib.


Dirasmikan oleh YDP Pas Temerloh oleh Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Latif dengan mulai acara BBQ Santai Ukhrawi Bekas Pimpinan Pemuda.

Kome tengah bakar ayam, sat lagi boleh satapan....


Ahad 7. Nov 2010 Program mulai dengan Qiamullail/Solat Subuh
                              *Kuliah Subuh oleh Ustaz Shahril Azman (Tim Ketua Pemuda Pas Phg)
                              *Pidato 1-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Islamiah Ustaz Nafiri Tauzan (Tim Ulamak)
                              *Pidato 2-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Jihadiah Ustaz Riduan Rahmat

      
Setelah makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah di adakan Forum Tarbawi : Membudayakan Tarbiah Pemuda Pas ahli panel nya : Ust Abu Bakar Chik (AJK PAs Pusat) Ust Mokhtar Senik (Naib Ketua Dewan Ulamak Pahang) dan Ust Hazmi Debok (Ketua Tarbiah DPP Pahang)

 Bacaan Mathurat & Tazkirah oleh Ust Johari Ishak (Ketua Pemuda DPP Temerloh setalah minum petang. Selepas solat maghrib kami dapat menyimpulkan Resolusi Ijtimak tiga perkara:-

*mewajibkan perlaksanaan tarbiah dalam organisasi pemuda
*mengukuhkan ukhuah islamiah sebagai pemangkin pemantapan gerak kerja pemuda
*memantapkan kefamahaman terhadap konsep tarbiah islamiah dan tarbiah jihadiah sebagai pemandu dakwah yang berkesan

Penuntup Program setelah solat isyak berjemaah dengan Ceramah Umum Oleh Ust Johari Ishak(Ketua Pemuda DPP Temerloh; Ust Abdul Rahim Abdul Latif(YDP Pas Kaw Temerloh); Ust Suhaimi Md Saad (Ketua Pemuda DPP Phg)  dan Ust Abu Bakar Chik (AJK Pas Pusat)