Sabtu, 13 November 2010

Pas perlu menang dengan kekuatan sendiri


SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan
menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
 Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana
 cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk
 mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita
 sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya
 pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno'
 di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya,
 Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd
Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk
 Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina
 kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk
 melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang,
 sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita
 tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk
 cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah
 kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila
 dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh
 buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat,"
 tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan
 digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi
kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka
 dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada
 PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus
 rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu
 masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan
pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti
 berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana
 parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur.
Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan
 usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar
 melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya
 mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga
 memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat,
Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk
 "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan
 membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".
Sumber dari Harakah Daily Net 
Sahabat-sahabat dikalangan Penjuangan Pas mari lah kita
 memikirkan apa yang dikata oleh Dato Prisiden Pas 
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kita mula lah 
berkerja dan atur gerakerja disamping tu mari kita
 tarbiah diri sendiri ke arah yang di cadangkan supaya 
Islam itu akan menang...


dari:-Orcu Sengeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan