Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Namun mereka menjawab dengan penuh
amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan
berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut
Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan
cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang
berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya,
Nabi tidak membunuh beliau.

Dosa besar
“Ini
kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa
sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh
orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh
dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,”
katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada
3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti
Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung
kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Sumber dari:http://www.malaysiakini.com
Dicatit oleh :Orcu Sengeh :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan