Isnin, 24 Januari 2011

lihat je lah.. aku komen banyak2 pun bukan pencacai apco nih paham.. biasalah.. bila nak masukan islam sikit dekat pencacai, yang depa ingat hanyalah MAKSIAT.. kahkahkah

kahkahkah SORY PENCACAI BLOGGER UMNO DAN FACEBOOKER... peluru untuk serang anda semua bapak kamu dah sediakan.. kahkahkah

Catitan oleh : Orcu Sengeh :-)

Ahad, 16 Januari 2011

Ahad, Januari 16, 2011

Selamatkan umat Islam dari industri arak

Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.

Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.

Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.

Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ - dengan syarat mereka beriman sepenuh hati - bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.

Dari situlah terbit rasa 'melawan' dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan 'halal' atau 'harus' berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.

Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Dalam bahasa lain, arak 'menghilangkan kewarasan akal'. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khlayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!

Kata nabi: "Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal," (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)

Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.

Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap 'fakir'.

Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan - sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).

Ibnu 'Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)

Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah 'terkandas' sekian lama dalam industri arak ini.

Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.

Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.

Nabi SAW menegaskan: "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (Riwayat Thabrani).

Wallahua'lam

Sumber dari: biaqpila.blogspot.com

Nota: Ya Allah kembangkanlah lembayung rahmatmu dan lindungi kami, isteri kami, anak-anak kami,keluarga kami dan siapa yang mengaku mereka redha pada Islam daripada fitnah,maksiat.

Catitan oleh: Orcu Sengeh :-)

RM100K SAHAJA...!!?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAAXHvw-iTgDtU5Bs96aZYLAHoJ2dERO6k0Kwf6uHUSLHTtir_R2nGOHqpmXy6e4T6qqetOFwo24iLhXE3VRgk2Jwns9V3oMWmhKGiVmcjuCwxD5T7tdwHkSXl1BaOILiSUaGKI_E81co/s1600/rosmah.jpg

RM100k aje la..
bukan banyak mana pon kalau nak dibandingkan dengan kepentingan rakyat yang telah didahulukan..

apa dia..??!

harga sawit naik..'ramai' pekebun sawit yang senyum..

harga getah naik..'ramai' yang senyum..
(penyamun pun turut tersenyum melihat buah sawit dan getah)

harga barang dapor naik..'tak ramai' yang mengeluh..

harga minyak naik..'tak ramai' yang naik kereta..

harga barangan keperluan bukan naik banyak pon..setakat sekupang dua aje..itu pon nak kecoh ke...

bila PM dan 'mem' PM boleh bermalam di dalam sebuah bilik yang berharga RM100k satu malam..itu menunjukkan PM 1Malaysia ni pandai mentadbir negara..rakyatnya makmur..rakyatnya berpendapatan tinggi..

PM 1Malaysia TAHU kesusahan rakyatnya..
bila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan.. si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata... itupun yuran persekolah masih berhutang..
PM 1Malaysia TAHUUU...
 
untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang..berusaha keras.. apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading

jangan lupa kerajaan telah menyediakan PTPTN untuk meringankan beban si ibudan bapa..(walaupun yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga..

PM 1Malaysia TAHU itu semua...sebab itu dia sanggup bermalam di bilik yang hanya berharga RM100K SAHAJA..

RM100K tu berapa..?? 100 ringgit ker..??

100 ringgit ..??!! 100 ribu ringgit makcik oii..!! ada 6 kosongnya makcik oii..!

Sumber dari:  haninasution.blogspot.com/

Nota: Ini Pembasiran isteri Pemimpin No.1 sedang rakyat dengan minyak petrol naik,minyak masak ghaib, dan macam-macam lagi sedang pemimpin hidup mewah.... bila lagi .... cer cuba,try,test, ubah kepada PR sekali jer.....kalau tak bagus nanti 5 tahun kemudian kita tukar semula yang lama, keknya kalau bagus biar  terus yang baru ......kan gitu...

Catitan dari: Orcu Sengeh :-)

Rabu, 12 Januari 2011

Rabu, 2011 Januari 12

KOSONG DAN LOPONG

BERITA YANG INI TAK LAPOR

nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

GADIS DAKWA DICABUL USTAZ KETIKA RAWATAN
–berita hairan

NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air.

Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap pada hari kejadian untuk membuat laporan, katanya.

Berikutan laporan itu, polis menahan ustaz berkenaan yang juga seorang pendakwah bebas pada keesokannya bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang menerima pendidikan tinggi di Syria, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.

NOTA:
ini lah contoh bagaimana telah merosotnya
seni dan budaya melapor berita di tanah air kita ini.

seharusnya berita ini TIDAK perlu dilapor.
ianya menjadi berita kerana sensasi UZTAZ

lihat tidak ada nama yang tertuduh
tidak ada nama yang menududh

tidak ada rujukan dari keluarga

macam ada niat bahawa jika ini ustaz maka wajib jadi berita

jika ustaz ini belajar dari luar negara lagi jadi berita
jika ustaz ini ahli pas – jamin ada nama dan gambar
kalau ahli pas bukan nama dan gambar sahaja
tapi gambar kena gari keluar ketika ditangkap pun ada

bayangkan berapa ramai ustaz di nibong tebal
semua dapat nama busuk
banyangkan berapa ramai gadis bermasaalah di nibong tebal
semua kawan kawan akan menganggap si polan itu dan si polan ini

media yang sama menuduh blog dan laman membuat fitnah liar
media yang sama menududh blog dan laman membuat tohmah
blog dan laman dituduh sebagai penyebar fitnah

tetapi

lihat diri sendiri duli
kaji dan analisa
dari mana punca fitnah ini

di negara kapir yang warganya makan babi
di negara kapir yang warga nya tak pergi masjid
berita KOSONG macam ini kerana ada PADERI
mencabul TIDAK AKAN dilaporkan

nota:
ketika jamaluddin jarjis meraba raba bontot pelayan
di bar di brickfeild tak ada pulak laporan sensasi
ketika berita rais yatim merofgol amah
yang terkeluar di wikileaks
tak pula jadi induk berita

yang dilapor berita KOSONG
kah kah kah

Sumber dari:tukar tiub

Catitan dari :Orcu Sengeh :-)

Jumaat, 7 Januari 2011

BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?

* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Note: Langar jer lampu trafik walaupun warna merah kerana tak nak jadi hipokrit.

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebUntuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

el dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sumber dari: bujang susah 

Catitan oleh: Orcu Sengeh :-)

Perkara yang Melayu jangan lupa

Sumber dari:Rakyat marhaen

Catitan dari: Orcu Sengeh :-)

Khamis, 6 Januari 2011

Kereta Peugeot 504 milik bekas Presiden Iran Ahmadinejad dilelong 1juta dollar AS

Begitulah yang terjadi dengan kereta bekas milik Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Kereta jenis Peugeot 504 buatan tahun 1977 itu mendapat tawaran satu juta dolar AS, setelah kenderaan tersebut didaftarkan di halaman lelong antarabangsa pada Sabtu, 1 Jan 2011. 

Berita rasmi Iran IRNA, mengutip Ketua Organisasi Kesejahteraan Iran Ahmad Esfandiari mengatakan, penawaran tersebut datang dari negara Arab. 

Tetapi dia tidak memberi penjelasan lebih lanjut. Ahmadinejad pada hari Sabtu membuka jejaring (www.ahmadinejad-car.com) untuk mengundang penawaran antarabangsa atas kereta terpakainya.

Hasil penjualan akan disalurkan terus ke projek pembangunan 60,000 rumah untuk orang cacat dan perempuan miskin yang perlu menghidupi keluarga mereka. Jejaring tersebut akan menerima tawaran dalam jangka waktu satu bulan, menurut laporan tersebut

Sumber dari:-sanggahtoksago.com

Saudara hebat Prisiden Iran Lelong Kerata Peribadi untuk projek pembangunan 60,000 rumah untukk orang cacat dan perempuan miskin macamana Perdana Menteri kita cuma beri seorang untuk rakyat yang jumlah 111juta .... lu pikir ler.....

Catitan dari : Orcu Sengeh :-)