Sabtu, 2 Oktober 2010

Jamuan Raya Penyampaian Sekampit Beras Sekilo Gula

Jamuan Raya serta Penyampaian Sekampit beras Sekilo gula kepada penduduk2 Di Upu Bangau Tanjong Di Dun Mentakab yang disampaikan oleh Ustaz Abdu Rahim Latif YDP Kaw Temerloh, turut hadir Hj Yusof Darus Tim YDP Kaw Temerloh serta lain pimpinan Kawasan turut hadir.
Jamuan makan bermula selepas batuan habis disampaikan dan diiringi oleh Nasyid Hufas dari Bahala Gantang dengan mendendang beberapa lagu nasyid yang di alunkan....Jemputan yang hadiri hampir 300 orang yang menikmati makan mee hoon goreng serta sate terhibur dan berpuas hati dengan jamuan yang ala kadar tapi amat meriah sambutannya.

Rabu, 29 September 2010

Apabila otak dah beku...



Ini tahap pemikiran pimpinan Umno yang membina pejabat tapi tidak digunakan dan biarkan, bijak kambing, daripada bangunan tu dibiarkan lebih baik meka gunakan tempat rehat selepas letih merayau mencari makanan. 

Bangunan ini pula dibiarkan, Perpustakaan Ummah dipagar oleh semak samun dan ditinggalkan begitu, Kan pembaziran nama nya,bagaimana pemikiran Umno nak meminpin ummah, pikir nak projek aje, janji perut nya kenyang .... lu orang nak ngundi pru13 lu orang kena pikir ...... 

Ahad, 26 September 2010

Ceramah Yang Pertama Selepas Bulan Ramadhan 2010

Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Temerloh oleh Ustaz Johari Ishak bersama Ustaz Suhaimi Saad Ketua Pemuda Pas Negeri Pahang yang di Pengerusikan oleh Ustaz Sukri Syuib Di Markas Sg Gau Temerloh yang di hadiri hampir 200 orang yang dah lama tidak mendengar Ceramah yang semangat orang muda yang memberi fakta-fakta untuk berhujah dengan orang Umno, supaya mereka-mereka pengundi di Temerloh tidak terpedaya lagi tipu helah peminpin-peminpin Umno di PRU 13 seterus mecapai kemenangan Pakatan Rakyat Pahang dengan inzinNya....

Selasa, 24 Ogos 2010

Keterisan Kerajaan BN

Ceramah Badar Kubra oleh MTD Mentakab di Markas Kg Bangau Tanjung oleh Ust Abdul Rahim b Latif YDP Pas Temerloh, Ust Ariffin bin Abdullah AJK Ulamak Pas Pahang dan turut bersama Yb Adun Semantan Tuan Hj Syed Hamid merangkap Tim Peseruhjaya Pahang serta Penceramah Undangan DR Zulkifli bin Ahmad AJK Pas Pusat Ahli Parlimen Kuala Selangor mengulas pengurusan Pasir di Selangor di Era Barisan Nasional memperolehi 3 ribu tan dengan kutipan Rm5 juta di era Pakatan Rakyat memperolehi 2 ribu tan dengan kutipan RM 18 juta jauhnya beza kerana Kerajaan Pakatan tidak memperaih dan mengagihkan kepada kroni2 tidak seperti Barisan Nasional yang terlalu keterisan.....
    Masa yang sama pada 23 jun yang lepas akbar The Star diberitakan pulohan juta, pasir telah di sonlap dari Johor (dibawah Kerajaan BN) hantar ke Singapura, ini lah dia Pembasiran,keterisan daibawah Kerajaan BN.. yang kita semua akan menghukum di PRU 13.....

Ahad, 8 Ogos 2010

Harapan Baru Selamatkan Malaysia

Program Himpunan Orang Asal yang di hadiri kira-kira 250 orang Asli dari Parlimen Bera,Jerantut,Maran,Kuala Krau dan Temerloh oleh PKR Pahang Zon Tengah Semalam 7 Ogos di Sek Ren Al Mukmin dan perasminya oleh Prisiden PKR Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail .
Sebelah malam nya Ceramah Umum di Pekarangan Rumah Hj Suhaimi Said Pengerusi Lajnah Orang Asal PKR Pusat oleh Cikgu Bard Exco PKR Pusat,Yb Elizberth Wong Exco Neg Selangor,Sdr Ahmad Nizam Hamid Ketua Cabang PKR Temerloh dan Yb Syed Hamid Adun Semantan.



Isnin, 26 Julai 2010

Laporan Polis daripada Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang

Hari ini 26 Julai 2010 Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang di Ketuai oleh Yang Berbahagia Al Fathil Ustaz Abu Kasim Ke Balai Polis Temerloh membuat Laporan Polis meminta dibuat siasatan kenyataan di atas Dato' Seri Mohd Shafie Apdal Menteri Luar Bandar dan Wilayah,yang juga Naib Naib Prisiden Umno diatas tuduhan beliau bahawa Pas adalah Parti Ajaran Sesat.


Ustaz Abu Kasim katanya Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Dato Seri Shafie Apdal itu yang amat biadap,mencetuskan provokasi,menghasut dan boleh menggugat ketenteraman awam yang jelas berbentuk penghinaan dan mempunyai niat jahat walaupun Pihak Parti Islam Se Malaysia(PAS) telah memberi tempoh untuk beliau menarik balik kenyataan nya.
Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang juga meminta pihak Polis segera membuat penyiasatan terhadapan ucapan tersebut agar tidak berulang lagi kejadian seperti ini di masa hadapan.