Khamis, 10 Mac 2011


Apabila Mudir Sekolah Mengandung Bersuara...

RABU, 9 MAC 2011

Aku cukup benci dengan UMNO ni bukannya apa, bukan sebab namanya UMNO tetapi kerana perangai pemimpin-pemimpinya macam setan, suka menipu, rasuah, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi perkara maksiat yang terdapat dalam UMNO.. boleh dikatakan UMNO adalah maksiat..maksiat adalah UMNO..cukup sinonim. UMNO tidak akan berubah dan laungannya untuk berubah adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Kepayahan dan kesusahan hidup rakyat Malaysia sekarang adalah disebabkan UMNO. UMNO adalah liabiliti kepada rakyat..Rakyat hidup menderita tetapi pemimpin bersenang lenang dengan kejerihan duit rakyat..

Seorang pemimpin terkenal UMNO di selatan tanahair ini adalah Mudir Sekolah Mengandung...terkenal sebab tubuhkan sekolah mengandung dan rasuah. Apabila Mudir Sekolah Mengandung ni membuka mulutnya.. amatlah busuk.. seantero alam maya terbau betapa busuk mulutnya kerana percakapannya adalah kencing hancing, takde yang betul melainkan bohong belaka.. Dalam temubual dengan media pencacai UMNO baru-baru ni, Mudir ni berkata "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".
Kau orang semua boleh percaya ke Mudir ni tak merasuah semasa PRK Merlimau? Bersih, telus dan ikhlas sangatkah Mudir ni? Lembaga Displin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddin mengatakan Mudir ni rasuah semasa Pemilihan Agung UMNO yang lepas tetapi malangnya rakyat negeri tersebut amat bahlol dan tolol..tetap mengangkatnya sebagai pemimpin...

Aku yang berulang alik ke Merlimau selama kempen pilihanraya, nampak kelakuan dan gelagat Mudir ni dan melaun-melaunnya dengan jelas. Cukup jelek dan meluat!! Apa.. buat jalan tar sampai ke rumah masa pilihanraya bukannya rasuah? Pemberian barang-barang keperluan semasa pilihanraya bukannya rasuah? Menabur pelbagai janji semasa pilihanraya bukannya rasuah? Memberi duit semasa mengundi bukannya rasuah? NGO 1Malaysia, yang dikatakan membuat pelbagai aktiviti seperti jamuan makan, memberi hadiah menghabiskan dana sebanyak RM200 ribu..dimanakah datangnya duit sebanyak ini? Duit Mudir ni ke? kirim salam..Ini belum didedahkan kos keseluruhan pilihanraya serta penggunaan jentera kerajaan untuk kempen UMNO Be eNd.

Kerja-kerja khianat ala lanun Somalia juga giat yang dilakukan oleh melaun-melaun ni..pecah cermin kereta, pancitkan tayar, koyakkan banner dan poster..inilah tugas-tugas mereka sepanjang PRK Merlimau...menyebarkan fitnah dan dakyah.Sehingga diberitahu..ada penduduk yang menghalau petugas-petugas PAS dan PR untuk datang berkempen ke rumah..Apa ke bodoh sangat mereka ni, termakan dengan dakyah UMNO!! Selagi UMNO memerintah beginilah nasib dan pemikiran rakyat.. rakyat akan terus susah dan terhimpit, kerana kesusahan adalah senjata ampuh UMNO untuk memperbodohkan rakyat.

Pergi JAHANAM dengan UMNO!!
Pergi MAMPUS dengan UMNO!

Sumber Dari:- http://demokrasi93.blogspot.com

Catitan dari: Orcu Sengeh :-)

MAK CIK DAN PAK CIK FELDA KENA TIPU

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


nota:
tak melawan mati kena tipu
lebih baik bangun melawan
kalau melawan pasti tak
ada sesiapa berani menipu
kah kah kah



KEMANA HILANGNYA WANG SIMPANAN FELDA 
– musika25.blogspot.com

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion pada tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.

Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.

Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:

1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,

2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,

3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan

4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.

MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?

1) Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?

2) Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka berkenaan ?

3) Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantatioin?

4) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa felda telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga sebenar rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI Development Sdn. Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum Park KLCC ? Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?

5) Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?

6) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran rm 220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?

7) Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 5o tingkat itu yang mencecah rm 662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?

TUNTUTAN
Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5 tahun di bawah pengendalian Najib Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka. Logiknya beberapa tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.

Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.

p/s-kalau macam ni orang-orang felda tak sedar lagi tak tau la..biar mati sebagai pembangkang..jangan mati ikut temberang
Sumber dari:.http://tukartiub.blogspot.com


Catitan oleh:-Orcu Sengeh :-)

Selasa, 8 Mac 2011


8,Mar

‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam


Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenali dengan sifat ingin tahu. Beliau kerap menanyakan logiknya sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional.

“Ayah, ayah percayakah syurga itu wujud?” tanya Jeffrey sewaktu ia kecil kepada ayahnya tentang kewujudan syurga, ketika kedua-duanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika kelak Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tak ada tempat selain logik.

Ketika menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffrey Lang memiliki beberapa penolakan rasional terhadap keyakinan akan kewujudan Tuhan. Perbincangannya dengan pendita sekolah, orangtuanya, dan rakan sekelasnya tak juga mampu memuaskannya tentang kewujudan Tuhan. “Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah kewujudan Tuhan di usia 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlangsung selama 10 tahun ke depan selama menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.

Adalah beberapa ketika sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami satu mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:

Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa sebarang perabot. Tak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih kelabu.

Satu-satunya ‘hiasan’ adalah karpet berpola dominan merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.

Kami membentuk deretan. Saya berada di deret ketiga. Semuanya lelaki, tak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.

Terasa asing. Saya tak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di sebuah negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kami kembali duduk di atas tumit kami. Saat saya melihat ke depan, saya sadar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. Ia berdiri sendiri. Saya hanya dapat melihat sekejap bahagian punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan corak merah. Ketika itulah saya terbangun.

Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tak terganggu dengan mimpi itu. Ia hanya merasa nyaman tatkala terjaga. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tak tahu apa itu. Tak ada logik di sebalik itu, dan kerananya ia tak peduli sekalipun mimpi itu berulang.

Sepuluh tahun kemudian, saat pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tak hanya dengan murid tersebut, Jeffrey pun tak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga murid itu. Agama bukan menjadi topik bahasan tatkala Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga sang murid. Hingga setelah beberapa waktu salah satu anggota keluarga sang murid memberikan Alquran kepada Jeffrey.

Sekalipun tak sedang berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Saat itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.

“Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika anda tidak menerimanya secara serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Alquran, atau kedua, ‘menentangnya’,” ungkap Jeffrey.

Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. “Ia (Alquran) ‘menyerang’ diri anda secara langsung, begitu personal. Alquran itu akan berdebat, mengkritik, memalukan, sekaligus mencabar anda. Sejak awal ia (Alquran) menggariskan satu garis perang, dan saya berada di wilayah yang bertentangan.”

“Saya menderita kekalahan yang parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahawa 'Penulis' (Alquran) mengenali diri saya lebih baik daripada saya mengenali diri saya sendiri,” kata Jeffrey. Ia mengatakan seakan Penulisnya dapat membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan persoalan, namun selalu mendapati jawabannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Alquran secara berurutan.


“Alquran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghapus halangan yang telah saya hadapi bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya.” Jeffrey mencuba melawan dengan keras dengan keberatan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. “Saya dituntun ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan.”

Saat itu awal 1980-an dan tak ramai Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan solat. Selesai pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.

Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Selesai syahadat, waktu solat dzuhur tiba dan ia pun diundang untuk menyertainya. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah.

Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.

“Saat saya melihat di hadapan, saya dapat melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan corak merah.”

“Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, sebijik! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya tertegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba memfokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa dingin mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini nyata! Lalu rasa dingin itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran.”

Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualitinya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan total kepada Allah SWT.

Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang menuntunnya kepada Islam. “Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan krusial kepada saya,” ujar Jeffrey kini.

Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak konferensi Islam.

Ia memiliki tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa keingintahuan yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Ashar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka berasal dari anak usia lapan tahun. Saya tahu memang jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tak ingin membuang kesempatan untuk berbagi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sulit menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan mengerti, namun ayah akan coba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu.”

‘Dengar sini, buah hati kesayanganku. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi. Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukoh.

Misalnya, anakku tahu yang ibumu dan ayahmu ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah tamsilnya, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.’

‘Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?’ Dia bertanyaku.

‘Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah "disentuhi" dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kukoh, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin memperkongsikannya kepada mereka yang ada diskelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian. Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat. Bolehkah diterima hujjah-hujjah ayah itu?’

‘Saya faham apa yang ayah maksudkan,’ jawab Jameelah.

Kemudian dia memeluk saya dan berkata, ‘Dan saya sayang sangat kat ayah!’

‘Ayah pun sayang padamu.’

Sumber dari:-http://greenboc.blogspot.com/

DiCatit oleh: Orcu Sengeh:-)

Sabtu, 19 Februari 2011

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz


Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.
“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?
“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.
“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.
“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.
Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).
“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.
“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.
Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.
“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.
“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
 
Sumber dari: http://wargamarhaen.blogspot.com
 
Catitan oleh: Orcu Sengeh :-)

Friday, February 4, 2011

debat kulup dengan cikgu songkok tinggi

"Kita mesti bersatu. Melayu semakin tergugat sekarang." kata Cikgu Kama, guru besar sekolah yang juga rakan sepermainan sejak kecil. Pandai menyelit-nyelit akhirnya dia memegang jawatan setiausaha pemuda parti songkok kat kampung. dia dengar dari kawan-kawan yang aku ada blog dan kuat melawan, lalu satu hari dia datang ziarah membawa hajat.

aku : melayu umno ke tergugat? melayu lain aku tengok biasa je...yang susah tetap kena kerja, yang senang pun kena berhempas pulas dalam ekonomi yang teruk ni...cuma puak atas tu je yang gelabah.

dia: kau tak sedar ke lup, cina keling sekarang makin naik mua..mintak macam-macam. sampai hak istimewa melayu pun dia nak sentuh!

aku: hak istimewa apa yang kau rasa sebagai melayu? beli rumah dapat diskaun? atau biasiswa belajar kena bayar balik? yuran sekolah percuma? kah kah!

dia: kau tengok penang dia dah halau melayu semua..

aku: tanah rezab melayu tinggal tak sampai 5% sebelum mac 2008 kau tau? masa tu kerusi umno paling banyak tapi bangang pi bagi gerakan pahal?

dia: emm...er...tengok kampung buah pala..

aku: itu kes peninggalan BN..buat pa pi jauh-jauh? meh tengok kg.berembang, kg.chubadak, kg.bandar dalam, kg.kerinchi sampai kg.baru pun dah tergugat. sapa punya kerja?

dia : (terdiam) tapi kita kena berpadu. masalahnya nik aziz ni pengacau, haji hadi dah setuju dah..

aku: kan nik aziz kata dia setuju dengan syarat umno terima islam sebagai ad-din?

dia : yalah...slow-slowlahhh...nanti kita ubahlah dulu..yang penting bersatu dulu..aku pelik ngapa Pas sanggup gadai agama bergabung dengan DAP?

aku : maksud kau kerjasama umno-MCA rompak PKFZ tu bagus?

dia : eheh...taklah tu, Perak masa Nizar jadi MB habis tanah bagi cina sampai beratus tahun pemilikannya.

aku : cina miskin, melayu india miskin pun dapat jugak...yang genting, langkawi, pangkor tu cina kaya dapat macamana? seorang kaya dapat tanah yang luas.beratus tahun jugakan?

dia : ya..tapi kita jangan ulang lagi kesilapan tu..kita kena ke depan..bersatu! islam akan teguh kalau melayu kuat.

aku : hadis mana tu? hihi..

dia : ya Lup, kalau melayu kuat islam akan kuat!

aku : cina dan india islam nak duduk mana?

dia : kita jaga kepentingan mereka..

aku : Kama, 50 tahun malaysia merdeka takde sesaat pun kerajaan lain memerintah selain umno. sepatutnya melayu makin kuat dan tak tergugat di bawah perjuangan melayu umno. kaum lain pun akan kagum dengan kekuatan melayu dan kemantapan islam jika umno buat betul2. mengapa setengah abad makin lemah? umno buat apa?

dia: itulah aku cakap, kita kena bergabung untuk menguatkan semula yang lemah. cina india dah makin mencabar.

aku: ye ke? Soon Kooi tauke welding tu dah turun temurun niaga, kedai selvam pun sama. adakah depa mencabar? depa nak meniaga dengan amankan? hei kama dengar sini betul-betul. takde satu kaum pun atas dunia ni boleh bersatu termasuk yahudi. semuanya berpecah-pecah kerana ada fahaman masing-masing. itu realiti. manusia hanya akan bersatu jika ada kepentingan. melayu-india-cina yang di atas bersatu padu merompak melayu-india-cina yang di bawah. kau ni dipermainkan oleh mereka yang mahu mempertahankan kuasa yang terhakis. tapi jika keadilan dibagi betul2, semua rakyat berbilang kaum akan aman dan cintakan negara ini.

dia: aku cuma tak mau melayu tergadai di tanahair sendiri, macam singapore..lepas tu penang..

aku : singapore, presiden umno yang bagi kat kuan yew. hei kama! dengar lagi..dalam dunia sekarang termasuk di malaysia hanya ada DUA KAUM saja.. KAUM PEMODAL dan RAKYAT. malaysia ini sebenarnya diperintah oleh KAUM PEMODAL alias kapitalis. bukan BN atau PR. itu cuma wayang saja wal hal merekalah di belakangnya. mereka akan tengok dasar kerajaan yang mana akan menyebelahi dan menguntungkan mereka dan mereka akan bantu melabur kemenangan kerajaan yang akan menyokong mereka. kerajaan yang memerintah akan tunduk akur dengan mereka kerana mereka ini adalah bank. aku setuju kita berpadu tapi bukan dasar kaum melayu atau apa-apa. aku bersetuju bersatu sebagai 'kaum rakyat' yang terdiri dari melayu-cina-india-kaum lain untuk menumbangkan kapitalis. mereka telah goyang dengan kebangkitan rakyat dan kerajaan yang banyak termakan budi dengan mereka juga sedang ketakutan lalu isu ketuanan terhakis dimainkan..bla..bla..

dia termenung, tak fahamkah atau sedang cuma memahami permainan silap mata politikus yang aku cuba bongkar..ketika kawan-kawan kedai kopi aku yang kerja biasa2 boleh faham, cikgu besar ni amat slow otaknya....

dia terhangguk-hangguk macam faham tapi dengan perlahan dia berkata," kita kena bersatu juga demi melayu.."

LANTAK KAULAH!

Sumber dari: http://kulupsakah.blogspot.com

Catitan oleh: Orcu Sengeah :-)

Isnin, 24 Januari 2011

lihat je lah.. aku komen banyak2 pun bukan pencacai apco nih paham.. biasalah.. bila nak masukan islam sikit dekat pencacai, yang depa ingat hanyalah MAKSIAT.. kahkahkah


kahkahkah SORY PENCACAI BLOGGER UMNO DAN FACEBOOKER... peluru untuk serang anda semua bapak kamu dah sediakan.. kahkahkah


Catitan oleh : Orcu Sengeh :-)

Ahad, 16 Januari 2011




Ahad, Januari 16, 2011

Selamatkan umat Islam dari industri arak



Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.

Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.

Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.

Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ - dengan syarat mereka beriman sepenuh hati - bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.

Dari situlah terbit rasa 'melawan' dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan 'halal' atau 'harus' berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.

Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Dalam bahasa lain, arak 'menghilangkan kewarasan akal'. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khlayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!

Kata nabi: "Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal," (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)

Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.

Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap 'fakir'.

Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan - sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).

Ibnu 'Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)

Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah 'terkandas' sekian lama dalam industri arak ini.

Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.

Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.

Nabi SAW menegaskan: "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (Riwayat Thabrani).

Wallahua'lam

Sumber dari: biaqpila.blogspot.com

Nota: Ya Allah kembangkanlah lembayung rahmatmu dan lindungi kami, isteri kami, anak-anak kami,keluarga kami dan siapa yang mengaku mereka redha pada Islam daripada fitnah,maksiat.

Catitan oleh: Orcu Sengeh :-)